BERJUMPA LAGI

Selamat membaca tulisan dan menatap gambar-gambar yang tidak sepertinya ini ....

15 Julai 2011

PROGRAM PEMUDA PAS K. KEDAH.
























































































Pemuda Pas Kawasan Kuala Kedah telah menganjurkan suatu program kebajikan sosialnya yang berlangsung di Dewan Besar Sridu iaitu: TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR. Seramai 75 orang murid tahun 6 dari Dun Pengkalan Kundor telah hadir. Pihak PKWR telah mewajibkan setiap MKK menghantar seorang peserta. Semua bayaran peserta ditanggong oleh PKWR Pengkalan Kundor. Program bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Jurutunjuk berpengalaman telah dijemput untuk mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris. Peserta diberi sarapan dan makan percuma.

14 Julai 2011

BUNGA : CANTIK, MENAWAN DAN INDAH

GUBAHAN: BEBERAPA JENIS BUNGA DICANTUM MENJADI HIASAN


TENGOKLAH KEKUATAN DAN KESEIMBANGAN WARNA BUNGA INI.

BUNGA YANG BERWARNA KUNING JUGA NAMPAK JELAS,
TERANG DAN BERSIH.


INDAHNYA CIPTAAN TUHAN

INDAH JUGA WARNA KUNING MENGUASAI MERAH.
JELAS BERSIH MENGATASI PATRIOT

13 Julai 2011

FLORIA PUTRAJAYA

Memang singgah pun di Putrajaya.

t



Lihatlah betapa cantiknya bunga-bunga. Bila melihat kita berasa tenang. Ia memang suatu terapi minda. Tetapi apa-apa pun yang warna kuning nampak lagi BERSIH.



Pameran, jualan dan pertandingan berlangsung di Putrajaya berhampiran tasik.

30 Jun 2011

Majlis Sumbangan Skim Kafalah Dan Penganugerahan Tauliah Mkk Slideshow

Majlis Sumbangan Skim Kafalah Dan Penganugerahan Tauliah Mkk Slideshow: "TripAdvisor™ TripWow ★ Majlis Sumbangan Skim Kafalah Dan Penganugerahan Tauliah Mkk Slideshow ★ to Alor Star (near Alor Setar). Stunning free travel slideshows on TripAdvisor"

10 Mei 2011

DURIAN


Durian merupakan tumbuhan dari genus Durio yang menghasilkan buah yang boleh dimakan. Ia banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani dan pasar sayur.

Durian adalah buah tropikal yang berasal dari Asia Tenggara. Warna buah berbeza dari hijau ke perang, dan mempunyai bentuk bujur sehingga bundar. Buah ini boleh membesar sehingga 30 cm (12 in) panjang dan 15 cm (6 in) diameter, dan lazimnya mempunyai berat antara satu hingga tiga kg (2 hingga 7 lb). Ciri-ciri durian adalah buah yang mempunyai kulit bersabut yang diselitupi dengan duri yang tajam, mencucuk, dan bau yang kuat dan unik yang terhasil dari isi di dalam, yang dianggap oleh sesetengah orang sebagai berbau busuk. Bahagian buah boleh dimakan adalah isi yang kekuningan, yang menyelitupi biji benih.

Ramai orang menganggap durian sebagai buah yang sedap, ia dipanggil "raja buah" oleh penduduk tempatan. Sebahagian orang barat yang tidak tahan dengan baunya telah menggambarkan buah durian dengan gambaran seperti "makan kastard dalam tandas awam". Terdapat juga gambaran bau durian sebagai bau lori sampah yang baru sahaja melanggar skunk.