BERJUMPA LAGI

Selamat membaca tulisan dan menatap gambar-gambar yang tidak sepertinya ini ....

22 Ogos 2010

SINGGAH PULA DI BANGSAL ANGGUR

Anggur merupakan sejenis tanaman menjalar yang kononnya hanya tumbuh di negara-negara tertentu sahaja. Kini ianya telah pun terbukti hidup subur, segar, berbuah dan manis seperti di negara-negara tersebut. Contohnya di Perlis, ladang milik Jabatan Pertanian negeri, di Kedah pula di Beris milik individu yang jika kita lawati macam kita berada di ladang anggur luar negara.


Ini contohnya sebagai tanaman suka-suka yang mungkin akan menjadi kenyataan.
Mengikut penanamnya ia mencuba setelah melihat dan mendapat petua dan ilmu sedikit dari mereka yang berjaya di Perlis. Rupanya daun anggur di Malaysia perlu dibuang habis untuk menipu sejarah hidupnya seperti di negara asalnya. Kononnya musim meluruh la tu. Maka digugurkan kesemua daun termasuk ranting yang masih muda.
Setelah hampir 2 minggu kelihatan ranting yang dipangkas tadi mengeluarkan pucuk. Tanda menjadi la tu.

Cuba tengok nampak dogiang keseluruhan pokok. Ini dibuat secara kecil-kecilan. Kalau lalu singgah la tengok. Putik buahnya akan menyusul bersama pucuk/daun. Dan dari tarikh ini hingga ia boleh dimakan akan mencapai selama 120 hari.

Tiada ulasan: