BERJUMPA LAGI

Selamat membaca tulisan dan menatap gambar-gambar yang tidak sepertinya ini ....

15 Oktober 2008

BERHARI RAYA LAGI

Jam 8.00 malam tadi ana sekeluarga pi ke jemputan Rumah terbuka Jabatan Kesenian dan Warisan Kedah. Sesampai kami tiga beranak tu, jemputan lain masih tak berapa ramai. Jadi selesa la sikit bila ambil makanan. Apa lagi pilih nasi lah walaupun juadah yang lain banyak juga. Hujan turun agak lebat juga, tapi tak menghalang jemputan lain yang datang berduyun-duyun. Biras ana yang berkerja di jabatan tu apa lagi sebuk sekali. Sudah makan sambil melihat persembahan pentas dan mendengar celoteh DJ mengacarakan cabutan bertuah. Apabila hujan agak reda kami pun meninggalkan perkarangan pejabat tersebut yang bersetentang dengan Kedah Medical Centre. Ini juga tiada gambar kerana beteri pula habis.

Tiada ulasan: