BERJUMPA LAGI

Selamat membaca tulisan dan menatap gambar-gambar yang tidak sepertinya ini ....

14 Oktober 2008

PERJALANAN DI HARI RAYA

Tahun ini ana cuba berhari raya di luar negeri Kedah. Ana balik berhari raya ke Perak. Dalam perjalanan balik ana sekeluarga (kena naik dua buah kereta) singgah dulu di Sungai Tiram, Bayan Lepas, rumah kakak ipar. Lepas sembahyang raya baru bertolak. Tak makan apa pulak tu. Apa lagi laparnya. Lepas tu baru bertolak ke Gunong Semanggol (tempat ana dibesarkan). Bukan ke mana, tuju ke rumah abang ana, Abdul Rahman. Memang tersentuh jugak. Maklumlah tak pernah berhari raya hari pertama di situ. Tak lama di sana kami sekeluarga bertolak balik selepas waktu asar. Singgah sembahyang maghrib di rumah kakak ipar di Alor Keriang. Seterusnya ke rumah adik ipar di Bukit Namboa, Kuala Nerang dan bermalam di sana. Esoknya keluar waktu pagi-pagi lagi, singgah di Kampung Tuba, Pokok Sena, ambil kakak ana dan juga singgah di Tanjong Musang, ziarah bapa saudara yang baru kematian isteri tercinta.
Bincang punya bincang bertolak pula ke Kampung Sena, Pauh, Perlis. Di situ makan tengahari di rumah ana punya biras. Balik kurang lebih pukul 4.00 petang dan singgah pula di Taman Berlian depan istana Anak Bukit, rumah anak penakan. Balik sampai di rumah hampir waktu maghrib. Beraya sakan. Puas. Maaf taada gambar. Lupa nak shot.

Tiada ulasan: