BERJUMPA LAGI

Selamat membaca tulisan dan menatap gambar-gambar yang tidak sepertinya ini ....

19 Disember 2008

CUTI-CUTI MALAYSIA - Hari Pertama

Percutian kali ini membawa ana ke Sabah Negeri Di Bawah Bayu. Menaiki Air Asia yang tiketnya dibooking lebih awal melalui internet berbulan-bulan lamanya. Sekarang kapalterbang Air Asia semuanya baru-baru belaka. Tambangnya pun murah, juga sungguh selesa. Bukan nak kempen tapi itulah realitinya. Ana sekeluarga bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas pukul 10.20 pagi dan sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu Terminal 2 pukul 1.00 tengahari. Rupa-rupanya kapalterbang yang sama model juga tiba bergilir-gilir kurang lebih 5 minit berturut-turut sebanyak tiga buah. Itulah kali pertama ana memijakkan kaki di Sabah. Kelihatan bersih dan cantik pemandangan di sekitarnya. Taraf bandaraya memang layak diberikan. ........ bersambung.

Tiada ulasan: