BERJUMPA LAGI

Selamat membaca tulisan dan menatap gambar-gambar yang tidak sepertinya ini ....

11 Mac 2009

KESEMPATAN TAK DIDUGA


Inilah kali pertama ana menjejakkan kaki ke Kem PLKN. Sempena tamat sessi 1 tahun 2009 di adakan satu perbarisan tamat latihan. Sebenarnya ana tak dijemput pun, hanya mengiringi seorang kenalan yang anaknya berada di sini. Tempatnya menarik, teratur dan mesra pelanggan. Kelihatan di atas ruang makan wira dan wirawati yang mana ketika gambar ini di ambil masa makan. Pelatih cukup berdisiplin. Ana setuju modul yang mendisiplin remaja kita. Cuma adalah lebih baik dan lebih setuju jika Wira dan Wirawati itu diasingkan, samada di kem yang sama atau buatlah di kem yang berasingan supaya nampak lebih baik, elok dan menunjukkan tanggungjawab kita sebagai pemimpin agar muslimin dan muslimat yang bukan mahram tidak bercampur.


Cuba kita lihat, wira dan wirawati ini walaupun nampak segak, baik, berdisiplin tetapi masih boleh diperbaiki modul pelaksanaannya. Kita habis banyak duit, tenaga dan perahan otak yang tidak ternilai harganya biarlah diterima Allah dan diberi ganjaran yang setimpal. Ini bukan komen untuk siapa tetapi pandangan peribadi yang pengetahuan yang tidak seberapa.


Segak, jika dilatih bersungguh-sungguh. Tapi takut mereka ini berdisiplin ketika semasa latihan sahaja. Lepas itu balik asal. Habis banyak hasilnya........


Hari terakhirlah. Nak tunjuk habis baik apa pun. Tengok tu medal dan penghargaan dipamerkan di hadapan. Apa pun adik-adik semua kamu bertuah. Ada di antara kawan-kawan tak berpeluang untuk menimba pengetahuan dan pengalaman seperti ini. Balik nanti janganlah merempit, berpeleseran, hidup tanpa tujuan dan sebagainya. Carilah hala tuju yang akan membawa kehidupan yang bahagia, yang berjaya dan dirahmati Allah. Amin ya rabbil A lamin.

Tiada ulasan: