BERJUMPA LAGI

Selamat membaca tulisan dan menatap gambar-gambar yang tidak sepertinya ini ....

09 Julai 2009

SINGGAH 3 HARI

Lawatan dan ziarah semasa di bumi Mesir.


Di atas ialah pemandangan di persisiran laut Madeteranean, di Iskandariah. Tempatnya memang cantik dan udaranya nyaman. Di sini kelihatan ramai pelancong asing, termasuklah dari seluruh dunia. Di tepi pantainya, banyak terdapat dugong yang berjemur di tempat yang memang di sediakan di situ. Tidak melambangkan suasana keislaman.


Di sini pula ialah suasana pemandangan di tebing sungai Nil dari atas Cruise yang kami naik ketika bersantai dan makan-makan lepas maghrib. Menakjubkan. Tak kisahlah di bawah tempat kami duduk tu ada 'tarian gelek' yang kalau tengok juga mata akan jadi kelabu tak berghari.


Beginilah bentuk batu-batu yang disusun bagi mendirikan piramid. Bandingkanlah saiznya dengan manusia yang sedang berdiri tu. Difahamkan tinggi piramid ini hampir sama dengan sepuluh tingkat bangunan dan berjuta-juta tan ketul batu yang dipahat hampir sama besarnya. Menurut cerita lebih dari 100,000 orang yang terkorban untuk mendirikan 6 buah piramid tersebut. Memang kagum, tak masuk akal dan teknologi apa la depa guna.


Di sinilah pintu masuk bagi pelancong asing yang nak masuk ke perkarangan piramid. Piramid yang kelihatan itu hampir setengah kilometer di belakang. Memang ajaib.

Tiada ulasan: