BERJUMPA LAGI

Selamat membaca tulisan dan menatap gambar-gambar yang tidak sepertinya ini ....

08 Julai 2009

PERJALANAN JAUH - Singgah la


Singgah di sini. Lapangan terbang antarabangsa Kaherah, Mesir. Cukup berbeza. Bahasa asing sungguh. Bahasa Arab la sheikh. Yang tau ana, anta...... tahi unta. Tapi singgah sat saja. Biag pi la. Boleh bercakap Bahasa Inggeris sikit-sikit ok la tu.


Bila sampai saja, inilah tempat pertama yang dicari, hak atas tu. Lega rasa, baru boleh sembang banyak sikit. Nampak la jauh sikit. Tu pun nasib baik ada tulis 'toilet' dan ada lambang yang biasa kita tengok di mana-mana termasuk di Malaysia pun.


Yang di sini pula semasa singgah di Lapangan Terbang '...............' di Bangkok. Phuh ..... empat tingkat. Tangga letrik di mana-mana saja. Kalah KLIA. Cukup selesa. Teringat juga di sinilah penunjuk perasaan tawan ketika mereka mengamuk. Jem terus. Lumpuh. Nasib kami baik, ketika kami di sini, aman.


Istimewanya lapangan terbang ini dipenuhi dengan bunga orkid yang pelbagai warna, spesis, corak dan cantik-cantik belaka. Terdapat tempat atau sudut-sudut yang dihias dengan bunga ini begitu indah dan mengkagumkan. Penat tak terkata.

Tiada ulasan: