BERJUMPA LAGI

Selamat membaca tulisan dan menatap gambar-gambar yang tidak sepertinya ini ....

07 April 2009

SUATU TUNTUTAN - Cuba Renungkan

Ketahuilah saudara-saudari sekelian, ana terpanggil mengambil gambar papan tanda ini semasa persinggahan ana di bandar kecil Tenom di Sabah. Memang tertarik. Ana melihat dan ada baiknya kalau dipertontonkan kepada semua untuk RENUNGAN kita bersama. Perkara ini dilihat kecil tetapi adalah besar faedah atau impaknya kepada umum.

Huraian:

Huruf A - diwarnakan dengan hijau yang melambangkan sangat bersih.
Huruf B - diwarnakan dengan biru yang membawa makna bersih.
Huruf C - diwarnakan dengan merah yang dikategorikan kurang bersih dan perlu perhatian.

Perkara ini dibuat dengan kerjasama dua pihak iaitu Majlis Daerah dan Pejabat Kesihatan. Mereka inilah yang akan memberi kategori warna atau peratus kebersihan sesuatu primis perniagaan terutamanya kedai makan atau pasar malam. Sekiranya sesuatu primis itu dilabelkan hijau atau biru, maka ianya adalah dalam lingkungan bersih tetapi sekiranya primis itu dilabelkan merah (yang sudah tentu melambangkan bahaya) maka ia diletakkan dalam keadaan yang patut diambil perhatian. Samada diberi amaran atau diarah tutup dan sekali gus didenda mengikut peraturan-peraturan yang telah dipersetujui sebelum melaksanakannya. Ana melihat dan adalah baik diperluaskan ke tempat-tempat lain diseluruh negara supaya apa yang baik itu dikongsi bersama.

Memang diperingkat awal perlaksanaannya kita akan menerima tamparan hebat kerana mengubah sesuatu yang arbitrari. Lama kelamaan dengan penguatkuasaan yang jitu dan kerjasama semua pihak ia akan membuahkan hasil yang sungguh baik dan tak did.uga.

Bersih itu separuh daripada iman

Tiada ulasan: