BERJUMPA LAGI

Selamat membaca tulisan dan menatap gambar-gambar yang tidak sepertinya ini ....

10 Mei 2009

RAMAH MESRA PELATIH BERSAMA PENDUDUK

YB Dato' Hj Ir. Phahrolrazi bin Hj Zawawi sempat memberi kata-kata perangsang semasa program turun padang bertemu penduduk di kawasan Dun beliau. Kebetulan wira dan wirawati PLKN dari DUSUN MINDA RESORT menyempurnakan modul latihan mereka di Kampung Telok Bagan baru-baru ini.


Kelihatan di sini pelatih wirawati yang terpilih sedang membasuh cawan bekas minuman yang telah digunakan semasa sesi taklimat oleh ketua kampung.


Wakil pelaltih Wira sedang memberi ucapan terima kasih kepada penduduk kampung kerana sudi menerima kedatangan mereka dan sudi pula menyediakan makanan yang resepinya disediakan ala kampung.


Beginilah keletihan kut, atau teringat orang tersayang. Maklumlah terpisah hampir dua bulan yang lalu. Tak lama lagi dik. Sebulan lagi bolehlah jumpa lu punya 'apa dan ama' di kampung.

Ucapan oleh ketua kampung di akhir program. Mudah-mudahan pengalaman yang ditimba di kampung ini banyak memberi menafaat kepada pelatih. Walaupun masih tak nampak sangat kejayaan PLKN, tapi adalah diharapkan program seperti ini hendaklah diteruskan sebagai pembuka jalan atau ruang untuk mendapat lebih menafaatnya. Selamat maju jaya.

PERBAIKI LAGI MODUL LATIHAN SEIRING DENGAN KEHENDAK ISLAM.

Tiada ulasan: